Pertama kali saya betul-betul rasa terpanggil untuk menulis tentang Unduk Ngadau. Hanya pendapat dan pandangan saya sebagai seorang yang berbangsa Dusun dan cintakan budaya serta ada resam yang ada sejak dulu. Bukan menolak kemodenan atau kemajuan, bak kata orang lain perubahan sejajar dengan kemajuan teknologi. Mengapa masih di takuk lama? TIDAK bagi saya kerana, adat dan budaya itu mesti dipertahankan. Adakah kita mahu nanti adat dan warisan kebudayaan kita hanya akan dibaca di muzium saja?
Setiap bulan Mei, topik yang paling hangat diperkatakan adalah mengenai UNDUK NGADAU. seolah-olah itu adalah acara yang paling kemuncak. Jangan lupa bahawa , itu hanyalah simbolik kepada Huminodun yang dikorbankan oleh Kinorohingan dan Suminundu akibat dari kelaparan yang melanda orang Kadazandusun pada zaman dulu. Dalam cerita turun-temurun serta ada juga dibukukan dalam buku teks, tidak ada disebut mengenai ketinggian di sana. Perlu difahami, gadis-gadis Dusun kebanyakan tidak ada yang terlalu tinggi dan boleh dikatakan " tagap" dalam bahasa kebiasaan tempatan. Sifat Huminodun adalah seorang yang taat kepada orang tua, penyayang, bijak dan sanggup berkorban. Kenyataan yang tidak boleh disangkal adalah, Unduk Ngadau telah dijadikan sama seperti Peagent yang lain. Bagi saya, pihak penganjur perlu sedar bahawa Unduk Ngadau ini, peringkat pertandingan kemuncaknya adalah di Sabah sahaja. Justeru itu, sepatutnya ditonjolkan Unduk Ngadau yang benar-benar mengetahui tentang bahasa, budaya dan adat resam kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Tinagas atau apa saja kaum pribumi yang diwakilinya.
Seperti yang dijadikan gurauan dalam media sosial " jawapan Dusun dihafal-hafal", itulah yang terjadi. Jika itu ialah pertandingan Miss World, Miss Grand, Miss Universe atau Miss Earth terpulanglah jika ingin berbahasa Inggeris kerana pertandingannya melibatkan seluruh dunia. Tapi Unduk Ngadau???... Apa sebenarnya yang ingin kita tonjolkan dalam Pertandingan Unduk Ngadau ini? Setiap kali pertandingan ini berlangsung, akan ada " live" dan yang menonton live mencapai ribuan orang. Jika sekiranya pertandingan Unduk Ngadau ini, diselitkan dengan mempamerkan warisan zaman dulu itu lebih baik. Berapa ramai yang masih tahu keindahan peribahasa KDM? Puisi KDM? Adat Resam KDM? Mungkin lebih baik kalau Unduk Ngadau ini diberikan pendedahan mengenai semua ini, sekurang-kurangnya bermanafaat untuk mereka apabila pertandingan ini selesai.
Buat adik-adik yang mengikuti pertandingan Unduk Ngadau mesti bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh juri. Jika kamu tidak mendapat tempat, anggap itu bukan rezeki kamu. Tetapi apa yang sering terjadi? Menyebarkan di media sosial bahawa juri sudah memilih pemenang. Adik-adik sekalian, sudah memilih untuk ikut mesti bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Dari segi juri pula biarlah yang mahir dalam bahasa ibunda dan semestinya ada juga juri yang mahir dengan peagent memandangkan pertandingan ini ada juga berunsur "peagent". Pihak penganjur minta kerjasama dengan pensyarah BKD di Institut Perguruan atau Pensyarah di UMS dan UPSI. Mereka mahir dalam bahasa, adat resam dan warisan KDM. Saya menulis bukan sebagai seorang yang sangat bijaksana, namun melihat sendiri bagaimana semakin lama Unduk Ngadau ini semakin hilang peranannya dalam Pesta Kaamatan. Seolah-olah menjadi medan perlumbaan kecantikan semata-mata dan simbolik semata-mata. Saya sayangkan warisan KDM ini dan sangat mencintai kebudayaannya. Jadi semoga penganjur akan lebih menegaskan unsur-unsur kebudayaan dan warisan bangsa KDM dalam pertandingan ini agar terpelihara warisan nenek moyang kita. Semoga kita akan menjadi generasi yang akan memelihara budaya warisan turun temurun dan mengekalkan perpaduan melalui sambutan Pesta Kaamatan.
Kotobian Tadau Kaamatan Kumaa Toinsanan, sundung po mogisusuai o kotumbayaan nga pogiroto tokou no piunungan om pisompuruan kumaa tiso om tiso.
Tuni tangung
sontimpa-timpa
Ramayon Kaamatan monikid
Wulan Mikat
Mamarayou do bambarayon
montok komogoton parai di pinatahak
Kumaa toinsanan i mongindumo
Haro pialaan do Unduk Ngadau
Kasarahan di Huminodun
i luminubuk montok tulun di modlous
om atampasi ndo ngawi tulun
Nga koruol do ginawo
au koilo mimboros do boros tina
om i tinungkusan koubasanan di susuai po.
Tungag om ungkalat
ngawi sukod wagu
kada koolingai
Koubasanan om tungkus gulu-gulu
atagak ndo moti insan tadau
om au no ointutunan tinaru tokou
somonu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan